pendukung watak:- Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub, tuan penasihat,
& beberapa pelakon tambahan (dibayar 5000 rupiah sehari)
masa :- kira-kira jam 10 atau 11 pagi waktu jakarta
tempat :- tapAk PemBinAaN
adalah kejadian kali ini sedikit berbeda dari episod 1, tapi disini adalah kesinambungan dari episod satu dimana kejadian ini bertimpa-tipa datang tanpa dipinta oleh unit-unit khas yang wujud nya kira-kira 957masihi sebelum hijrah,
tersebutlah kisah datang nya seorang penggembala berjumpa dengan penjual daging di kota busrah, maka perbincangan mereka tentang pertukaran barang berlangsung dgn jayanya, tiba-tiba ketika penggembala hendak pulang laluan yang sepatutnya di lalui dihalang oleh bachoe sadiq segaraga, maka bertanyalah si penggembala tadi kepada orang yang lalu lalang dikawasan itu, "wahai sicantik manis, bolehkah hamba bertanya barang sesatu dua soalan kepada tuan hamba?" aju si penggembala.
"silakan wahai orang muda yang gagah perkasa" jawab sicantik manis
"kenapakah laluan ini dihalang oleh bachoe buruk ini, tidak kah ada sesiapa yang pandai menjalan kan nya?"tanya si penggembala lagi
didalam hati sicantik manis tadi, (harap kan muka je rupawan tapi otak mu senget sebelah, adakah bachoe disuruh jalan, masyallah baru hamba mahu jadikan teman tapi lupakan saja)sicantik manis itu pun menjawab tanpa senyuman"itu utk dijadikan benteng keselamatan"
"begitu, mengapa tidak dipanggil saja polisia mengawal keadaan kota" masih lagi dalam tanda tanya si penggembala
sicantik manis berlalu tanpa menjawab apa-apa
pun begitu dgn kuasa semburan yang dimiliki oleh penggembala maka dihembusnya satu tiupan menghala ke bachoe tersebut terpelantinglh bachoe itu entah kemana-mana
betapa marahnya sadiq segaraga dengan kejadian tersebut maka sewaktu sedang melawat kawasan jajahan nya, dia ternampak kan abdul wahab dan abdul wahib sedang bersukaria dengan penarik gelek membuat sadiq segaraga naik hangin kerana tidak menjemputnya sekali. apa lagi sadiq segaraga tanpa segan silu terus memarahi dua ekor buaya yang sedang melompat-melompat tadi tapi yang lebih teruk dimarahi adalah abdul wahab memandangkan abdul wahab adalah salah seorang yang suka berniaga ke luar negara tanpa mengajaknya.
tapi sedang dalam itu, terserempak pulak sadiq segaraga dengan abdul wahub, abdul wahub yang mula nye ingin bersembang kosong dengan abdul wahab terkulat-kulat memandang kejadian yang tidak diingini berlaku didepan matanya. tapi apa boleh buat, abdul wahub hanya memandang sedih pada abdul wahab yang sedang sayat dihiris belati tajam.
begitulah kisah sedih lagi menyayat hati si abdul wahab
Thursday, November 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment