Pemburu coli anak dara
KEMAMAN - Beberapa anak gadis di beberapa buah kampung sekitar Binjai di sini, 'bingung' kerana seluar dalam dan coli mereka yang dijemur di ampaian kerap hilang sejak seminggu lalu.
Kejadian pelik itu dipercayai dilakukan suspek yang dikatakan seorang yang gila seks serta kemaruk pakaian dalam anak dara atau untuk tujuan ilmu hitam.
Bagaimanapun, kehilangan 'barangan peribadi' itu berjaya dikesan ekoran penemuan beberapa coli dan seluar dalam pelbagai saiz dan warna di Bukit Mak Samah di sini semalam.
Penemuan itu dimaklumkan oleh seorang penduduk, Mohd. Yusuf Yasa', 43, yang terkejut melihat pakaian dalam diikat pada sebatang ranting kayu yang dipacak di kawasan terpencil itu semalam.
Menurut beliau, ketika bersiar-siar di bukit itu, dia ternampak objek yang pada mulanya disangka bendera kecil.
Perlis negeri pertama bebas rokok
KANGAR - Perlis menjadi negeri pertama di Malaysia bebas rokok selepas mewarta dan melaksanakan undang-undang larangan merokok di seluruh kawasan awam di negeri ini tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, langkah tersebut diambil bagi membantu orang ramai membuang tabiat buruk merokok dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negeri ini.
Selain itu, katanya, ia bertujuan mengawal gejala merokok yang makin berleluasa di kalangan golongan muda terutama remaja.
"Adalah menjadi hasrat peribadi saya mahu melihat Perlis menjadi negeri pertama bebas rokok di negara ini.
"Jika kita dapat melaksanakan larangan ini, sudah pasti ia membantu mereka yang tidak merokok daripada terkena tempiasnya," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Tanpa Tembakau di Dewan Warisan, Kangar semalam.
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment