Friday, July 17, 2009

SARI BERITA PENTING

JAKARTA DI BOM
JAKARTA: sembilan orang mati dalam kejadian letupan di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton yang terletak bersebelahan kawasan Mega Kuningan di sini pagi ini.kejadian berlaku akibat letupan bom yang kuat yang berlaku sebanyak dua kali, berselang dua minit antara satu sama lain pada 7.45 pagi dan 7.47 pagi waktu Indonesia Barat.letupan pertama terjadi di lobi Hotel Marriott dan disusuli letupan kedua di restoran di Ritz Carlton.enam orang mati di tempat kejadian di JW Marriott, dua orang di Ritz Carlton dan seorang di Hospital Medistra.bagaimanapun belum mahu mengaitkan kejadian dengan sebarang aktiviti pengganas dan sebaliknya mahu ia disiasat dengan terperinci terlebih dahulu
JAKARTA, 17 Julai (Bernama) - Polis menjumpai sebutir lagi bom yang masih aktif di Plaza Mutiara dalam kawasan kompleks Hotel JW Marriott, lokasi dua letupan bom yang menggemparkan satu kawasan komersil di sini dan membunuh sembilan orang pada hari Jumaat.



Faizal Tahir kandas ke APM kerana hutang PTPTN
KUALA LUMPUR - Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar) gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.
Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.
Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.



Tambang pengangkutan awam naik
Oleh SUHANA MD. YUSOPsuhana.yusop@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Tambang semua jenis pengangkutan awam melibatkan perkhidmatan bas ekspres, bas henti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa dinaikkan antara 30 dan 50 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Kenaikan itu bermakna semua pengguna akan dikenakan kadar tambang baru dari 2 sen sehingga RM7 mengikut kelas pengangkutan dan jarak yang ditetapkan bagi Semenanjung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kadar tambang pengangkutan awam disemak semula memandangkan kadar sekarang diguna pakai sejak Mei 2005.
"Penentuan kadar tambang tersebut telah mengambil kira inisiatif dan subsidi yang diberikan kerajaan untuk membantu sektor pengangkutan awam.
"Pada masa yang sama pertimbangan juga dibuat untuk mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikan tidak membebankan," katanya pada sidang akhbar di sini selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 penerima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.
Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.


'Siti dan isu tudung'

SITI mengakui sudah lali dengan persoalan tentang imej dirinya yang bertudung.
IMEJ tudung penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak pernah habis dijadikan isu. Sejak penghijrahan mengenakan tudung ala selendang selepas menunaikan Haji pada awal tahun 2008, kritikan demi kritikan mula diterimanya.
Agak lama juga isu itu mahu reda, namun ia dibangkitkan semula selepas berlangsung Konsert Satu Eksklusif Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Gara-gara Siti mengenakan selendang hitam yang dililit seperti sanggul semasa konsert serta pada sidang akhbar selepas konsert, isu tudung Siti mula dibangkitkan semula.
Bagi sesiapa yang hadir pada waktu tersebut, tiada yang mempersoalkannya kerana selendang itu masih ada di kepala penyanyi jelita itu.
Namun, bagi yang melihat penampilan itu menerusi foto-foto yang dikeluarkan di media cetak, Siti dilihat seolah-olah langsung tidak memakai selendang.
Sehingga pada satu tahap, ada yang mencemuh Siti dengan mengatakan lebih elok jika penyanyi kelahiran Pahang itu tidak perlu lagi mengenakan tudung!
Bertanyakan kepada Siti sendiri, adakah dia akan membuka tudungnya dan kembali kepada imej lamanya, isteri kepada Datuk Khalid Mohammad Jiwa ini dengan penuh berhemah menjawab persoalan tersebut.
Namun dalam tenang nada jawapannya tetap terasa ketegasannya, Siti bagaimanapun enggan mengulasnya dengan panjang lebar.
Bimbang terlanjur kata menjadi janji dan akan ditagih di kemudian hari. Apalagi sepatah bicara Siti, dia yang menanggung semua hal yang akan berbalik kepada dirinya kelak.
BERSAMA dua teman baik, penyanyi terkenal Indonesia, Rossa (kiri) dan Kris Dayanti.
"Kadang-kala, nak puaskan hati semua orang memang susah. Sejak bergelar artis, Siti buat apa yang termampu untuk memuaskan hati semua pihak.
"Bila dengar komen-komen orang, tak adalah Siti geram dan nak buka balik tudung. Cuma Siti tak mahu komen lebih-lebih.
"Sebab setiap komen yang Siti beri, orang akan ingat dan kalau Siti tak buat seperti yang dikatakan, orang akan mempersoalkan pula. Apa pun, Siti akan buat perkara ini secara semula jadi.
"Siti faham, orang akan memandang lalu menyelidik tentang kita, tapi Siti tak marah. Isu tudung ini sering orang perkatakan dan Siti pun dah lali. Kalau boleh, tak nak panjangkan cerita lagi.
"Biar orang melihat sendiri perubahan Siti. Janji Siti tahu apa yang Siti buat dan Tuhan tahu niat Siti," ucapnya.
Menurut Siti lagi, keadaan tersebut berlaku kerana terlalu banyak harapan yang dinantikan oleh masyarakat daripadanya.
Justeru, apabila apa yang dilakukan Siti tidak seperti yang diharapkan, kata-kata nista pula yang datang menyerang.
Mahu ikutkan hati, selepas menunaikan Haji, menjadi suri rumah sudah cukup membahagiakan diri Siti.
"Sebenarnya, sebelum menunaikan Haji dulu, wartawan sendiri yang tanya sama ada Siti akan pakai tudung selepas itu atau tidak.
"Tapi Siti cakap, insya-Allah, kalau niat hati terbuka baru Siti akan pakai. Tiba-tiba perkara ini dah jadi macam satu harapan pula, semua mahu lihat Siti selepas pulang dari Haji waktu itu.
"Tapi selepas perubahan penampilan Siti, ada yang suka dan ada yang tidak. Dalam hal ini, ada yang sudah bersedia (bertudung) dan ada yang belum. Macam Siti, lebih elok Siti berubah perlahan-lahan dan harap Tuhan memberikan masa.
"Tapi kalau nak ikutkan hati, Siti nak jadi orang biasa balik dan duduk saja di rumah," selorohnya yang akan berangkat ke Jakarta hari ini sempena majlis Anugerah Planet Muzik 2009 (APM '09).

No comments:

Post a Comment